IRC-Galleria

chica^_^

chica^_^

I'm will always be in love with you no matter what will happen

Selaa blogimerkintöjä

siapa MelayuLauantai 13.05.2006 11:55

siapa Melayu

Jangan cerita bansa melayu kalau tak kenal melayu. jangan harap ingin mengubah bangsa melayu jika tak tahu erti melayu sebenar. ramai diantara bangsa melayu yang tak mengenal diri sendiri. Dalam erti kata lain tak kenal asal usul daripada mana bangsa melayu. ramai ahli sejarah masih buntu dan tidak dapat membuat keputusan sehingga hari ini. banyak artikel daripada ahli sejarah malaysia, indonasia dan seluruh dunia terutama barat.

Penduduk melayu adalah penduduk yang teramai sekali di dunia.purata daripada kajian penduduk melayu adalah meliputi 3/4 penduduk dunia. tetapi malagnya melayu ni tak pandai berbahasa melayu. dalam bangsa melayu ini mempunyai pecahan etnik.budaya melayu ini adalah sopan santun dan berbudi bahasa.setiap atnik menceritakan tentang adat resam masing-masing yang separuhnya menyesatkan etnik itu sendiri.

Ini adalah fakta daripada beberapa orang melayu yang mencari edentiti sendiri :

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumantera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Sriwijaya.Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi


Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukkan untuk menjelaskan pekara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belumlah tercapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul Bangsa Melayu iaitu:

* Bangsa Melayu Berasal daripada Yunan(Teori Yunan)
* Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengatakkan orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori Yunan

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya Alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Pekara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat Resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam(Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, peduduk di kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni yang diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia[5], adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
[sunting]

Orang Negrito

Orang Negrito merupakan pududuk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
[sunting]

Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.
[sunting]

Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.




Teori Nusantara


Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Pekara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengkatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahsa Champa(Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.





Apa yang digambarkan disini melayu seperti manusia yang tak tahu asal usul bangsa sendiri. kepentingan mengenali asal usul adalah teras terpenting untuk mengubah sesuatu kaum itu sendiri. tetapi bagai mana mahu mengubah bangsa ita, sedangkan sehingga hari ini masih lagi meraba-raba mencari-cari asal usul dan terdapat banyak teori yang mengarut di lahirkan oleh bangsa melayu itu sendiri.

ramai melayu tak endah tentang asal usul mereka, apa yang mereka peduli adalah "janji cakap melayu dah jadi melayu". jadilah melayu yang sedar akan diri sendiri.jadilah melayu yang tahu asal usul bangsa sendiri.daripada itu lahir cinta pada bangsa,lahir cinta pada tanah air.

Melayu kini masih dijajah, walau tanah melayu sudah merdeka tapi pemikiran dan kehidupan masih lagi dijajah.takkanlah orang putih nak bagi melayu bebas begitu saja.mesti ada misi mereka untuk menjajah bangsa melayu dari bentuk lain. bukan saja melayu tetapi Islam kita juga dijajah oleh mereka.

pemikiran melayu masih dijajah.siapa yang sedar.islam masih dijajah siapa yang sedar.syarat utama untuk merdeka adalah undang-undang mesti ikut penjajah jangan ikut islam.sampailah hari ini.

fikirkan sedalam-dalamnya bebaskah melayu ini.darimanakah asal usul melayu. SIAPAKAH MELAY

Etkö vielä ole jäsen?

Liity ilmaiseksi

Rekisteröityneenä käyttäjänä voisit

Lukea ja kirjoittaa kommentteja, kirjoittaa blogia ja keskustella muiden käyttäjien kanssa lukuisissa yhteisöissä.