IRC-Galleria

chica^_^

chica^_^

I'm will always be in love with you no matter what will happen
Umat Islam diseru menyertai perarakan aman pada hari
Jumaat 10 Februari 2006 selepas solat Jumaat bagi
membantah penyiaran kartun-kartun yang menghina
junjungan kita Nabi Muhammad saw di akhbar-akhbar
Eropah termasuk akhbar tempatan Sarawak Tribune yang
telah menyiarkan kartun tersebut.

Perarakan akan bermula selepas solat Jumaat bermula
dari Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur hinggalah ke
perkarangan kedutaan di Wisma Denmark.

Umat Islam juga diseru mengadakan perarakan dan
perhimpunan dengan aman. Umat Islam yang menyertai
perarakan ini dilarang bertindak ganas, membakar
bendera serta patung, mengeluarkan kata-kata keji dan
penghinaan. Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan kepada mereka yang bertindak
ganas.

Umat Islam diseru berarak dengan sopan dalam kumpulan,
mengikut arahan petugas trafik. Menyediakan sepanduk
yang menyeru agar akhbar-akhbar yang telah menyiarkan
kartun-kartun tersebut meminta maaf, serta menyeru
kerajaan yang terlibat agar mengambil tindakan ke atas
akhbar-akhbar yang terlibat. Umat Islam juga
disarankan mengadakan sepanduk yang memuji sifat-sifat
Nabi Muhammad saw.

Semoga perarakan aman yang ditunjukkan oleh umat Islam
di Malaysia ini akan menjadi contoh kepada umat Islam
di seluruh dunia.

Justeru itu semua umat Islam di Malaysia disarankan
menyertai perarakan ini, termasuk parti-parti politik
UMNO, PAS, NGO-NGO , ABIM, JIM, PERKIM, Jawatankuasa
Masjid dan lain-lain.

Semoga Allah memberkati perarakan aman ini

Etkö vielä ole jäsen?

Liity ilmaiseksi

Rekisteröityneenä käyttäjänä voisit

Lukea ja kirjoittaa kommentteja, kirjoittaa blogia ja keskustella muiden käyttäjien kanssa lukuisissa yhteisöissä.